- Kesan antioksida poliphenol dalam koko :
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi
daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang
paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali
sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan
tindakan antioksida yang kuat.
- Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari
koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan
koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan
risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari
jantung.
- Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida
yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang
baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat
menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya
mengurangkan tekanan.
- Koko melambatkan proses penuaan :
Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan
radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan
peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah
dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh
dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang
kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari
Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar
coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan
penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam
coklat.
- Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan
kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
(Sumber:Lembaga Koko Malaysia)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan