Khamis, 10 September 2015

ASAL USUL MINYAK BUT-BUT




ASAL USUL MINYAK BUT-BUT
“Berapa ekor burung But-But yang dimasukkan ke dalam minyak ni?”, saya bertanya kepada seorang pengamal herba.

“Kalau pengeluaran dalam skala yang banyak, berapa ekor pula yang dimasukkan? Dah la Burung But-But susah nak dapat sekarang”, saya bertanya lagi.

“Hisy.. Tak ada seekor pun burung ni disembelih. Kesian pulak burung tu’, beliau menjawab.

“Emm? Kalau macam tu, kenapa dipanggil Minyak But-But kalau tak guna burung But-But?”, saya menimbulkan persoalan.

Kebiasaannya minyak Gamat memang dicampur dengan Gamat. Tetapi tidak dengan minyak But-But. Jadi, bagaimana minyak ini mendapat namanya?

KISAH ANAK BUT-BUT PATAH KAKI

(kisah yang ditulis semula selepas didengar dari pengamal herba)
Pada suatu hari, seorang pengamal herba mahu mencari kehebatan alam yang Allah Subhanahu Wataa’la ciptakan dengan melakukan satu ujikaji dan pemerhatian di dalam hutan.

Sewaktu di dalam hutan, beliau menjumpai seekor anak burung But-But di dalam sarang yang patah kakinya. Tiba-tiba, datang ibu burung tersebut dengan membawa herba di mulut dan membalut kaki anak burung yang patah itu.




Keesokkan harinya, pengamal herba itu datang semula ke dalam hutan untuk melihat perkembangan anak burung But-But yang patah kaki itu. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati kaki anak burung But-But itu telah sembuh! Dan akhirnya beliau mengambil herba yang digunakan oleh ibu But-But untuk merawat kaki anaknya yang patah dan mencarinya di dalam hutan.

Dari situlah sejarah penghasilan Minyak But-But yang diajar dari pengantaran burung But-But kepada manusia.

ILMU KALAM ALLAH DALAM KISAH HABIL & QABIL

Kisah Minyak But-But ini adalah sama dengan kisah pengebumian Habil (anak Nabi Adam) selepas dibunuh oleh kembarnya, Qabil.

Allah Subhanahu Wataa’la memperlihatkan kepada Qabil untuk menanam Habil dengan perantaraan dua ekor burung gagak yang bergaduh, dan akhirnya seekor daripada burung gagak itu mati. Burung gagak yang masih hidup menanam gagak yang mati itu dengan mengorek dan menimbusnya dengan tanah.

Qabil belajar dari burung Gagak untuk menanam Si Habil yang mati dibunuh olehnya. Ia adalah ilmu yang Allah turunkan daripada haiwan untuk mengajar manusia. Sama seperti kisah minyak But-But ini, Allah memberi ilham kepada burung But-But untuk memberi ilmu kepada manusia bagi merawat tulang yang patah dan lain-lain penyakit lagi.

Apa yang penting dalam kisah But-But adalah herba yang digunakan, dan bukannya burung itu yang berkhasiat dalam penyembuhan penyakit. Akibat salah faham, ada pengamal herba yang merebus burung But-But untuk menghasilkan minyak. Masya-Allah.

(sumber cerita:Jamal Rafaie)

Dapatkan minyak but but daripada kami:
Whatssapp:013-4226228

Paramaria Plus



Paramaria Plus merupakan ramuan terbaik untuk wanita kerana ia mengandungi Kayu Serapat (Paramaria Leavigata) yang mengandungi minyak asiri cautchouc dan getah perca, berfungsi untuk mengencangkan rahim khusus apabila wanita tersebut bersalin atau menghadapi masalah rahim turun. Produk ini sesuai untuk wanita sahaja yang mengalami sakit pinggang, letih, kesemutan pada kaki dan tangan. Herba ini juga boleh digunakan untuk wanita yang akan memasuki alam pernikahan.
Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Khasiat Paramaria Plus :
1. Melancarkan haid
2. Awet muda
3. Menghilangkan keputihan dan gatal pada kemaluan
4. Menghilangkan sakit pinggang
5. Menguatkan rahim
6. Menguatkan tulang
7. Manghaluskan kulit
8. Melambatkan menopous
9. Kebahagian rumah tangga

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Paramaria Legivata
2. Ardisa Crispa
3. Morinda Eliptica
4. Labisia Pothonia
5. Cinnamomum Iners

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada waktu pagi. Produk ini boleh diamalkan oleh semua wanita yang sudah baligh. Wanita Menopouse (putus haid) juga digalakkan mengamalkannya.

KEISTIMEWAAN RADIX IQ



Keajaiban Otak Manusia
Otak merupakan organ bagi pusat kawasan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya Otak mengingati pengalaman lepas dan merupakan punca fikiran, mood dan emosi.
Lumrahnya ingatan manusia semakin menurun seiring dengan peningkatan usia. Sebenarnya otak manusia mampu mengisi seluruh informasi di dunia ini. Inilah keajaiban ciptaan Allah.
Pemakanan-pemakanan yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah seperti kismis, buah tin, kurma dan berbagai herba mempunyai rahsia untuk meningkatkan potensi otak ciptaan Allah yang hebat ini.
Pemakanan Yang Sihat Adalah Untuk Minda Yang Sihat
Pemilihan makanan yang tepat adalah penting. Kesalahan dalam pemilihan makanan bukan sahaa boleh melemahkan ingatan malah turut memberi kesan yang negatif pada tubuh dan menjadi punca utama kepada wujudnya pelbagai penyakit yang akhirnya merosakkan sistem tubuh seseorang.
Keistimewaan Radix IQ
  1. Menguatkan ingatan kanak-kanak
  2. Rawatan kecerdasan otak
  3. Mengelakan strok
  4. Mengelakan lupa
  5. Mengelak penyakit pakinson
  6. Rawatan rambut sihat
  7. Rawatan tulang belakang
  8. Rawatan tidur
  9. Rawatan untuk keletihan otak
  10. Mengubati gangguan usus / sebelit
  11. Pelawas alami
  12. Memperkuat saluran darah
  13. Tenik saraf
  14. Merangsang pembentukan sel kulit baru
  15. Detoksifikasi
  16. Memberi tenaga segera
  17. Mengatasi masaalah insomnia
Kelebihan 7 Herba Radix IQ
  1. Pegaga - diguna untuk menguatkan sistem imuniti, aliran darah penuh kebahagian otak, memperbaiki kerosakan saraf di kepala dan menambah daya ingatan.
  2. Kurma -sumber potasium yang tinggi, peningkatan kualiti darah, untuk tenaga segera, baik untuk jantung.
  3. Kismis - Menguatkan ingatan dan sebagai pembersih darah.
  4. Buah Tin - menghidupkan Mikroflora dalam tubuh, pelawas, untuk pencernaan.
  5. DHA - untuk kekuatn otak.
  6. Ginko - untuk peredaran darah dan hafalan.
  7. Herba Istimewa (Khas) - memastikan oksiden cukup di kepala, untuk peredaran darah, untuk menambahkan daya ingatan.