Jumaat, 2 Oktober 2015

KOPI RADIX HALIA



Kopi Radix diformulasikan untuk para penggemar aroma kopi sebenar yang penuh khasiat. Diadun khas bersama herba-herba terpilih bagi mendapatkan rasa serta aroma yang pasti memukau penggemar-penggemar kopi di samping memberi banyak manfaat kepada kesihatan.
Antara herba yang terkandung di dalam Kopi Radix Halia adalah :
·         Tongkat Ali
·         Mata Pelanduk
·         Teja Lawang
·         Tebu Gajah
·         Mengkudu Hutan
·         Halban
·         Larak Hutan
·         Halia

Radix Kopi Pracampuran
Melegakan Tubuh Badan dan Menghilangkan Angin Dalam Badan,
Mengurangkan Sakit Sendi & Pinggang, Menghilangkan Rasa                                                 
Demam Panas, Mencegah Ketumbuhan Otak,                                                                                    
Sesuai Untuk Masalah Wanita, Sesuai Untuk 
Pesakit Kencing Manis Dan Darah Tinggi,
Menambah Tenaga.       

Pengenalan
Halia merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya di India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean. 

Halia mengandungi Air, Karbohidrat, Serat, Kalium, Fosforus, Kalsium, Tenaga, Protein, Gentian, Niasin, Asid Amino, Gingerols, Oleoresin, Pati Minyak, Vitamin A, B dan C, Lemak dan Asid Organik

RADIX Halia Untuk Rawatan: 
 1.   Asma
2.       Sakit Perut
3.       Rheumatism
4.       Pengaliran Darah Bermasalah
5.       Mati Pucuk
6.       Lemah Tenaga Batin
7.       Keracunan Udang
8.       Badan Kesejukan
9.       Sakit Pinggang
10.   Urat Saraf Lemah
11.   Mabuk Kenderaan
12.   Batuk Kering
13.   Kejang
14.   Buang Air Berlendir
15.   Darah Haid Berbau Hamis
16. Banyak Angin Dalam Badan
17. Sakit Kepala
18. Sistem Pencernaan Bermasalah
19. Muntah
20. Cirit-Birit
Kelebihan RADIX Halia
1.       Memanaskan Tubuh
2.       Membantu Proses Pencernaan
3.       Melembutkan Dinding Perut
4.       Meningkatkan Kekuatan Seks
5.       Angin Medu
6.       Menghilangkan Lendir
7.       Pelawas
8.       Meningkatkan Pengeluaran Sperma
9.       Menambah Daya Ingatan
10.   Membuang Bau Badan
11.   Menolak Bahaya Makanan Berat dan Berangin Keluar Dari Tubuh
12.   Mengandungi Chromium, Magnesium dan Zinc Yang Boleh Membantu Untuk Memperbaiki Aliran Darah
13.   Membantu Mengelakkan Kesejukan
14.   Demam dan Peluh Berlebihan
15.   Mengatasi Kes Mabuk Pagi dan Ketidakselesaan Perut Sebanyak 75%
16.   Merangsang Rembesan Enzim Gastrik
17.   Merangsang Perut dan Rembesan Enzim Pankreas Yang Membantu Penyerapan Nutrien
18.   Pencegahan Demam dan Selsema
19.   Sebagai Rawatan Semulajadi Untuk Demam dan Selsema di Seluruh Asia
20.   Mengurangkan Keradangan Seperti Juga Aspirin dan Ibuprofen  
21.   Melambatkan Pertumbuhan Sel-Sel Kanser Colorectal / Usus
22.   Mengandungi Bahan-Bahan Anti Radang Yang Paling Mujarab
23.   Merupakan Ubat Penahan Sakit Semulajadi Yang Kuat
24.   Penyakit Pernafasan Biasa Seperti Batuk
25.   Halia Membantu Dalam Mengembangkan Paru-Paru
26.   Mencairkan Kahak
27.   Expectorant Semulajadi
28.   Mematikan Sel Dalam Sel-Sel Kanser Ovari
29.   Membantu Meningkatkan sistem Imun
30.   Mengurangkan Risiko Stroke Dengan Menghalang Lemak Melekat Pada arteri
31.    Mengurangkan Jangkitan Bakteria Dalam Perut
32. Membantu Melegakan Batuk dan Kegatalan Tekak

Khamis, 10 September 2015

ASAL USUL MINYAK BUT-BUT




ASAL USUL MINYAK BUT-BUT
“Berapa ekor burung But-But yang dimasukkan ke dalam minyak ni?”, saya bertanya kepada seorang pengamal herba.

“Kalau pengeluaran dalam skala yang banyak, berapa ekor pula yang dimasukkan? Dah la Burung But-But susah nak dapat sekarang”, saya bertanya lagi.

“Hisy.. Tak ada seekor pun burung ni disembelih. Kesian pulak burung tu’, beliau menjawab.

“Emm? Kalau macam tu, kenapa dipanggil Minyak But-But kalau tak guna burung But-But?”, saya menimbulkan persoalan.

Kebiasaannya minyak Gamat memang dicampur dengan Gamat. Tetapi tidak dengan minyak But-But. Jadi, bagaimana minyak ini mendapat namanya?

KISAH ANAK BUT-BUT PATAH KAKI

(kisah yang ditulis semula selepas didengar dari pengamal herba)
Pada suatu hari, seorang pengamal herba mahu mencari kehebatan alam yang Allah Subhanahu Wataa’la ciptakan dengan melakukan satu ujikaji dan pemerhatian di dalam hutan.

Sewaktu di dalam hutan, beliau menjumpai seekor anak burung But-But di dalam sarang yang patah kakinya. Tiba-tiba, datang ibu burung tersebut dengan membawa herba di mulut dan membalut kaki anak burung yang patah itu.




Keesokkan harinya, pengamal herba itu datang semula ke dalam hutan untuk melihat perkembangan anak burung But-But yang patah kaki itu. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati kaki anak burung But-But itu telah sembuh! Dan akhirnya beliau mengambil herba yang digunakan oleh ibu But-But untuk merawat kaki anaknya yang patah dan mencarinya di dalam hutan.

Dari situlah sejarah penghasilan Minyak But-But yang diajar dari pengantaran burung But-But kepada manusia.

ILMU KALAM ALLAH DALAM KISAH HABIL & QABIL

Kisah Minyak But-But ini adalah sama dengan kisah pengebumian Habil (anak Nabi Adam) selepas dibunuh oleh kembarnya, Qabil.

Allah Subhanahu Wataa’la memperlihatkan kepada Qabil untuk menanam Habil dengan perantaraan dua ekor burung gagak yang bergaduh, dan akhirnya seekor daripada burung gagak itu mati. Burung gagak yang masih hidup menanam gagak yang mati itu dengan mengorek dan menimbusnya dengan tanah.

Qabil belajar dari burung Gagak untuk menanam Si Habil yang mati dibunuh olehnya. Ia adalah ilmu yang Allah turunkan daripada haiwan untuk mengajar manusia. Sama seperti kisah minyak But-But ini, Allah memberi ilham kepada burung But-But untuk memberi ilmu kepada manusia bagi merawat tulang yang patah dan lain-lain penyakit lagi.

Apa yang penting dalam kisah But-But adalah herba yang digunakan, dan bukannya burung itu yang berkhasiat dalam penyembuhan penyakit. Akibat salah faham, ada pengamal herba yang merebus burung But-But untuk menghasilkan minyak. Masya-Allah.

(sumber cerita:Jamal Rafaie)

Dapatkan minyak but but daripada kami:
Whatssapp:013-4226228